Selasa, 11 Februari 2014

PostHeaderIcon KENDURI KAHWIN DAN AIRASIA

Assalamualaikum,
Pelikkan bila baca tajuk entri kali ni. dah la lama menyepi tetiba muncul dengan tajuk yang ntah apa-apa. saja nak buat gimik.hehe.
kali ni aku nak cerita tentang perjalanan rombongan cik kiah dari Kelantan untuk menghadiri kenduri kahwin adik bongsu aku di Bangi, Selangor. Orang Kelantan sebut belarak. Mungkin datang dari perkataan berarak kot. Yang tu kena tanya pakar bahasa.

Rombongan kami ada 11 orang iaitu aku, isteri tersayang, bonda tercinta, Cik Noh, Cik Nor, Kak Yah, Makcik Yah dan abg Lan 5 beranak. Cam sikitkan. Hehe, ni yang naik kapalterbang. Yang lain naik kereta dan sebahagian lagi memang rakyat Selangor dan KL. Jadi bila dah campur ahli rombongan kami mahu lebih 100 orang gak. Kalu arwah abah masih ada, dia mesti suka dapat kumpul anak beranak ramai-ramai.

Perjalanan pergi semuanya ok. Naik MAS oklah walaupun delay 40 minit. nasib baik diorang dah sms awal pagi lagi bagitahu retimed. terima sms lak masa aku tengah solat subuh. nasib baik phone silent kalau tidak mahu kena smash ngan tok imam pagi-pagi. Di Klia dah ada sanak saudara menunggu. Cehhh cam ramai tapi memang ramaipun cuma sedara mara orang lainlah. Kami menuju ke homestay di Alam Sari, Bangi. Kawasan perumahan akademik dekat institut latihan KWSP. Memang suasananya akademik sungguh. Tenang dan tidak serabut. Hargapun ok dengan rumah yang agak besar dan setiap bilik ada tandas sendiri. Yang aku bimbang hanya channel astronya. Kalau boleh datang ni tak nak dengar bahasa Korea. Cukup-cukuplah di kampung. Alhamdulillah!!! Rumah yang kami sewa bukan sekadar tiada channel Korea malahan Astro pun tiada. Memang akademik sungguh.

Kami dijamu dengan makaroni bakar(kalu aku tak silap.hehe) dan gulai ayam yang sangat sedap. Terima kasih buat Amy (adik ipar) yang bersusah payah masak walaupun diserang bertubi-tubi oleh boboboi halilintar. Hahaha. Memang nakal Rayyan dan Yaya. Mula-mula naik kereta lagi aku dah kena fire. Usai solat Jumaat hari tu aku dan bakal pengantin serta Ahmad menuju Seremban ke rumah Salahuddin. Ziarah pesakit denggi. Yang peliknya bila kami sampai pesakitnya tiada. Camna boleh jadi gini. Takkan sakitpun masih larat bershopping. Rupanya dia g spital amik darah. Hesyy budak ni, demam2 gitu buleh lak drive g spital. Sempat la main ngan Amanda yang makin comel. Malamnya kami g makan di restoran dekat-dekat Bangi je. bolehlah. yg penting dapat kumpul ramai-ramai dan bawak ma g makan ngan anak dan cucunya. bukan senang nak kumpul semua.rayapun belum pasti.

Hari ijabkabul tiba. Dup dap dup dap. Tengok pengantin berpeluh-peluh. Napa? Mung berdebar ko? Doklah. Aku tengah cari butang baju melayu ni. Cissss. Kuingatkan berpeluh duk teringat nak jawab nikah. Siap minta pinjam aku punya. Aku punya setakat beli di Mydin buat malu kat mentua je. Nasib baik ma ada bawak yang arwah abah punya. tulah akibat kalu jarang pakai baju melayu. Mulanya ingatkan tak ramai nak g majlis akad sebab awal pagi lagi. Bayangkan pukul 9 pagi. Tapi alhamdulillah bila sampai rumah pengantin perempuan ramai dah sanak saudara kami menanti. Maka berlakulah adegan jejak kasih di situ sampaikan pengantin tinggalkan rombongan takut kena marah dengan tok Imam. Ketua rombongan aka abg sulung aku Cikgu Rushdan tak habis-habis lagi salam dengan semua orang. Syukur majlis berjalan lancar walaupun akad 3 kali. Yelah lain imam lain caranya. Yang penting semuanya diberkati. Selesai majlis akad, biasalah acara batalkan air sembahyang etc. Tapi yang aku pelik ada lak acara letak tangan pengantin lelaki atas kepala perempuan. Untuk apa ya? Sepanjang pengetahuan aku yang tiada ilmu ni tak pernah mana-mana tuk guru aku ajar camtu. Janganlah buat benda-benda yang tiada dalam sunnah berlebih-lebihan.

Keluar rumah pengantin, terkejut aku. Ahli rombongan yang tak dapat masuk kerana rumahnya kecil je duk melantak sakan. Wah! Wah! Wah! Ini dah lebih. Kemudian sesi bergambar.Nantilah aku selitkan kat bawah tu untuk tatapan korang.

Nilah ketua rombongan
Tepat 1 tengahari ketika matahari memancar terik atas kepala lagi sekali kami belarak ke dewan KPTM, Bangi untuk persandingan. Tema warna hijau untuk keluarga lelaki. Maka macam-macam hijau keluar. Yang penting vogue terutama sepupu kami yang bersusah payah datang dari Kelantan awal pagi lagi untuk ikut rombongan dengan peplumnya yang wow!!! terima kasih ad shuhada! Rezeki kenduri dinikmati, kemeriahan suasana dirasai, silaturrahim diberkati, kenangan diabadi, tangisan anak tidak dipeduli, yang penting heppi!!! Tamatlah riwayat bujang anak bongsu ma dan secara rasminya ma menerima 6 menantu perempuan dengan redha dan kesyukuran. Kalaulah abah masih ada.sob! sob!

Kepenatan belarak membuatkan aku malas mahu keluar petang tu kerana malamnya kami dah janji nak dinner di Islamic Steak House Bangi. Tapi datang Ahmad diajaknya makan durian. Apa lagi tubuh yang letih terus bertenaga dan perut pandai berkeroncong. Kami pergi satu kereta je. Yang lain penat dan kirim tapau. Pehhh apalagi makanlah kami 7 beranak dengan kencangnya. Yang penting Kak Lang cakap aku makan paling banyak. ye ke??? tapi frust gak musang king dah habis. takpa lain kali kami datang lagi. Akak penjual tupun dah kenal dengan Ahmad. Pastu kami pusing-pusing pasar malam Bangi. Panjang ooo. Kat Kelantan dah tiada pasar malam sepanjang ni.

Akhirnya tibalah hari perjalanan pulang. Kali ni naik AirAsia. Haaa baru nampak signifikan tajuk kan? Kapalterbang dijadualkan 440 pm. Selesai urusan barang kami nak masuk balai pelepasan. Sepupu aku(Anggerik Rimba) beria-ia nak bagi nasi buat bekal tapi aku tolak berabis kerana tak nak bawak banyak barang kat tangan. Yalah AirAsia bukan setakat everybody can fly malah anything can happen. Tapi bila Ahmad cakap tu nasi Arab dari kedai di Cyberjaya yang aku dah lupa namanya(maaflah syeikh ana lupa. hehe) terus dengan muka tebal dan tak malunya aku minta balik nasi tu. bukan selalu boleh g kedai dia ooo. kalu pergi mesti kena tunggu meja kosong.

Dari kiri, Che Nor, Ma, Yah, Kak Yah dan Kak Jie. Mesy. nak saman airasia
Di balai pelepasan kami menanti hingga 440 pm baru dipanggil untuk naik. mesti lewat ni. tapi takpalah. dah biasa. nasib baik kapal dekat je. jadi tak payah ma and da gang jalan jauh. kesian orang tua. nak sorong kerusi roda diaorang tak nak. atas kapal kami duduk, duduk, duduk dan terus duduk selama 40 minit hingga akhirnya diberitahu kapal ada masalah teknikal dan tak dapat terbang. Cuba bayangkan perasaan kami semua. Aku kalau setakat aku dan yah sahaja tidak mengapa tapi nak bayangkan ma and da gang turun balik kapal jalan lagi pastu naik kapal lain yang belum tahu di mana bay nya aku dah tak sanggup. Dalam keadaan gitu ada satu makcik buat lawak lak. dia ajak kitaorang turun kapal cepat-cepat takut meletup. kesian dia.

Kami menunggu lagi di balai kerana kapal ganti pada pukul 645pm. Kepenatan teserlah di wajah. Bila diminta beratur untuk pemeriksaan dokumen(berapa kali diaorang nak check padahal penumpang yang tu gak) aku tengok bay kapal ialah F92. pintu pelepasan kami ialah P4. sapa yang biasa naik AirAsia pasti boleh bayangkan jaraknya. Semasa berjalan aku rasa dah tak sanggup tengok ma berjalan. nampak sangat ma dah tak bermaya. dah terketar-ketar. nak pimpin tangan ma, kat tangan aku dah penuh kuih dia. ma! maafkan daku kerana tidak berupaya membantu. apa yang aku boleh buat cuma minta beg tangannya untuk tolong bawa. yang itupun berat. patutlah terketar-ketar tangan ma. bila nak naik tangga lagilah kesian aku tengok ma. yang lain dah naik dahulu kerana masing-masing kepenatan. aku cakap kat ma naik perlahan-lahan. pedulikan orang lain.dia nak naik ikut pintu belakang sebab pramugari yang jaga kat pintu suruh naik ikut belakang sebab lagi dekat dengan seat.(agak-agaklah kalau nak bagi panduanpun). Aku bantah. takkan ma nak jalan lagi. aku suruh gak ma guna tangga depan. bila ma dah duduk baru aku rasa lega. Kami sampai Pengkalan Chepa hampir pukul 8 malam dan nasib baik dah ada driver on da way datang nak ambil kami.

Gitulah cerita rombongan kami. Maaflah kalu coretan ini mengguris sesiapa. Sekadar perkongsian. Moga bermanfaat untuk kita semua. Jumpa lagi...
Jejak kasih
Ad Shuhada
Boboboi halilintar bersama puting


Senyum kena akad 3 kali
Rugi krew Nona takda ari tu
Selesai santap

Musykil napa aku nampak besar???

Bonda tercinta

Bonda tercinta

About Me

Saya suka dengar pendapat anda. Emel kepada saya hilmim99@gmail.com. Dikuasakan oleh Blogger.