Ahad, 28 Julai 2013
ramadhan oh ramadhan
12:54 PTG | Posted by
Unknown |
Edit Catatan
Assalamualaikum,
Lamanya tak menulis blog. Nak tapi kita mampu merancang. Hanya Allah sebaik-baik perancang.
Hari ini masuk hari ke 19 dari Ramadhan. Samada lama atau sekejap(sebab ada orang kata kejap je dah 19 hari), kita sepatutnya mula muhasabah amalan dalam bulan mulia ini. Tidak tahu adakah kita berkesempatan berjumpa Ramadhan pada tahun depan.
Fenomena biasa di penghujung Ramadhan yang kita lihat ialah Jemaah berkurang di masjid, lagu raya berkumandang di sini sana, perangai jahat kita kembali semula, lupa memohon keampunan, sibuk dengan maksiat, persiapan raya dan macam-macam lagi menjadikan kita mengeluh apa nak jadi dengan umat ini. Di sebalik segala kerugian ini, sebenarnya kita jangan melupakan diri sendiri. Kerap kita membilang Jemaah yang berkurangan di masjid tanpa kita sedari kita juga salah seorang daripada kita.
Apa yang perlu kita dahulukan ialah mengingatkan diri sendiri agar kita tidak tergolong dalam mereka yang tersebut. Kira solat kita yang fardhu, sempurnakah? solat sunat, bertambahkah? puasa, mencapai piawaian Rasulullahkah? qiyamullail, bangunkah? quran, dihayatikah? Usaha islah diri sebenarnya sangat mencabar dan menuntut pengorbanan yang bukan kepalang. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda, Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran, akan diampunkan dosanya yang telah lalu.
Dalam mengharungi Ramadhan ini, saya juga sering leka dan lupa untuk membaiki diri ini. Oleh itu saya mengajak pembaca sekelian marilah kita mulakan kembali islah diri kita. Ambil kembali semangat permulaan Ramadhan bila kita berlumba-lumba melakukan kebaikan. Kemudian sama-sama kita mengajak umat Islam yang lain agar sama-sama melakukan islah diri.
Di sekolah, pelbagai aktiviti telah saya atur untuk pelajar sebagai proses tarbiyah tetapi melihatkan mereka masih bergurau ketika rakan yang lain membaca al-Quran malam ini, saya tertanya berjayakah tarbiyah ini? Moga Allah memberi hidayah kepada saya untuk islah diri dan pelajar saya. Mari kita sama-sama banyakkan istighfar, doa syurga, dijauhkan dari neraka, tahlil dan pelbagai ibadat lain.
Di bawah ini gambar aktiviti di sekolah saya sepanjang Ramadhan ini.

Sabtu, 27 Julai 2013
peta minda tokoh bagi subjek pend islam ting 5
1:57 PG | Posted by
Unknown |
Edit Catatan
Langgan:
Catatan (Atom)
Senarai Blog Kesukaan Saya
-
My Traveloka Escapade8 tahun yang lalu
-
Sambutlah Rejab, Syaaban, dan Ramadhan.13 tahun yang lalu
-
QIYAS14 tahun yang lalu
-
ujian pertengahan semester14 tahun yang lalu
Bonda tercinta
About Me
- Unknown
Blog Archive
cadangan blog
Saya suka dengar pendapat anda. Emel kepada saya hilmim99@gmail.com. Dikuasakan oleh Blogger.