Jumaat, 24 Mei 2013
KISAH HIJRAH ABU SALAMAH r.a KE MADINAH
9:02 PG | Posted by
Unknown |
Edit Catatan
Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.a apabila Abu Salamah r.a selesai menyediakan keperluan untuk hijrah, beliau membawaku dan anak kami menaiki unta. Apabila Bani Mughirah (kabilah Ummu Salamah) mendapat tahu tentang hijrah tersebut, mereka menyekat Abu Salamah dan keluarganya.
Kata pemuka Bani Mughirah kepada Abu Salamah,"Adakah kamu mahu melarikan wanita dari kabilah kami?" Mereka merentap tali unta dan melarikan Ummu Salamah ke perkampungan mereka. Peristiwa ini diketahui oleh Bani Abd Asad(kabilah Abu Salamah). Berkata pemuka mereka;"Kita tidak patut membiarkan keturunan kita(anak Abu Salamah) diculik oleh Bani Mughirah," lalu mereka bergegas ke tempat itu dan cuba merampas bayi yang masih kecil itu daripada Bani Mughirah. Perebutan berlaku antara dua kabilah tersebut bila mereka saling menarik tangan bayi yang masih kecil itu hingga Bani Abd Asad berjaya.
Kata Ummu Salamah,"Berpecahlah keluarga kami bila aku dibawa ke perkampungan Bani Mughirah, anakku(Salamah) ke perkampungan Bani Asad sementara suamiku meneruskan perjalanan ke Madinah. Setiap hari aku keluar ke kawasan padang pasir mengenangkan nasib kami sekeluarga. Aku berterusan menangis selama setahun lamanya. Hinggalah pada satu hari seorang lelaki dari kaumku melihat aku dan merasa kasihan padaku."
Lelaki tersebut memujuk kaumku agar melepaskan aku lalu mereka bersetuju. Sementara itu Bani Abd Asad juga telah mengembalikan anakku. Aku menyediakan kenderaan untuk berhijrah ke Madinah dan berangkat bersama anakku. Tidak ada seorangpun menemani kami dalam hijrah yang begitu jauh. Hingga kami sampai di Tan'im, kami bertemu dengan Uthman Bin Abu Talhah yang belum memeluk Islam.
Beliau telah menemani kami dan beliau adalah lelaki paling mulia yang pernah aku temui. Sepanjang perjalanan beliau mengenderai unta kami. Apabila singgah di perjalanan beliau akan mendudukkan unta dan beredar hingga kami turun. Kemudian beliau akan menuntun unta ke bawah pokok dan mengikatnya di sana. Begitu juga beliau lakukan apabila kami memulakan perjalanan kembali. Hinggalah kami sampai ke perkampungan Bani Amru Bin Auf di Quba'. Beliau menyuruh aku meneruskan perjalanan kerana suamiku ada di perkampungan tersebut. Aku meneruskan hingga aku sampai ke kampung tersebut dengan keberkatan daripada Allah sementara Uthman balik semula ke Mekah.
Ummu Salamah berkata,"Aku tidak pernah mengetahui satu keluarga yang diuji begitu berat seperti yang menimpa keluargaku dan aku tidak mengenali teman yang paling mulia dalam perjalanan selain daripada Uthman Bin Abu Talhah."
Dipetik dari Hayatus Sahabah karangan Maulana Muhammad Yusuf Kahdahlawi

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Senarai Blog Kesukaan Saya
-
My Traveloka Escapade8 tahun yang lalu
-
Sambutlah Rejab, Syaaban, dan Ramadhan.13 tahun yang lalu
-
QIYAS14 tahun yang lalu
-
ujian pertengahan semester14 tahun yang lalu
Bonda tercinta
About Me
- Unknown
Blog Archive
cadangan blog
Saya suka dengar pendapat anda. Emel kepada saya hilmim99@gmail.com. Dikuasakan oleh Blogger.
0 comments:
Catat Ulasan