Sabtu, 15 Jun 2013
Cuti cuti di kay el
11:51 PTG | Posted by
Unknown |
Edit Catatan
Assalamualaikum,
Kali ni aku nak ceritakan sikit pengalamanku bercuti semester baru-baru ni. Cutiku cuma seminggu jer. Cukuplah untuk merehatkan badan.
Segalanya bermula hari Rabu 29/5/2013. Balik kerja jam 4.30 hari tu, aku erus ke stesen teksi untuk ke airport tp malangnya semua teksi dah tiada. Dahla hujan turun renyai-renyai. Begitu jugaklah hatiku. Renyai-renyai jadinya. Nasib baik ada satu pemandu yang sudi hantar dengan bayaran penuh untuk satu teksi. Alahai, kopak duit aku. Cuba bayangkan bayar rm120 sedangkan aku tetap duduk satu seat saja. Ye la takkan nak belunjur dalam teksi lak. hesy tak senonoh.
Flit aku jam 1015 jadi pemandu tu cadang bertolak jam 7 malam. Utk makluman jarak rumah ke apot, lbh krg 2jam. Aku ok je coz blh sembahyang dan tgk grey's anatomy dulu. Maka bermulalah perjalananku ke apot. Tempoh yang sepatutnya dua jam jadi 3 jam. Perjalanan yang cukup meresahkan. Mana taknya. Sangat-sangat perlahan dia bwk teksi. Aku rasa nak tekan-tekan je pedal minyaknya. Walaupun aku dah web check in tapi takkan pilot nak tgu aku. Oh abg drebar. Dia syok cerita pasal kolam, ayam, kambing, mertua dan macam-macam lg.
Nasib baik flit delay.Sempat lg solat isya'.Dengan keadaan cuaca hujan gerun gak nak naik flit. Tapi bila dah di awan, kejap je mata dah lelap. Hilang runsing. Sampai di LCCT tengahmalam. Apa nak buat lagi. Sambung membuta. Aku ke surau dengan doa ia tak kunci. Pehh dah ada orang lena di situ rupanya. Lagipun takdalah ramai sgt jd dptlah aku rebahkn diri dengan selesa.
Lama jugaklah aku d apot coz tunggu isteri dari kampung yang tiba kul 10 pagi. Memang kami dah rancang nak jumpa dan jalan-jalan di KL dulu. Kami check in Citin Hotel dekat Masjid India. Murah-murah jer coz sekadar tempat tidur je. Tapi siap ada breakfast free lagi. Layanan aku bagi 3 bintang coz receptionist dia sangat bertimbangrasa.
Petang tu kami ronda-ronda Bukit Bintang. Masuk shopping mall Farenheit. Fuhh rasa mewah kejap tapi window jer. Bukan tak mampu tapi tak payahla membazir.hehe. Lepas kami dinner di Johnny's. The best steamboat dan side dish bagi aku di KL. Hargapun ok.
Keesokannya kami mulakan misi cari barang untuk business. Semuanya mudahnya hari tu. Sebelum solat Jumaat segalanya selesai. Biasanya 1 hari suntuk baru selesai. Jadi aku dengan gembiranya naik lrt untuk solat Jumaat di Masjid Jami'. Lama dah tak solat di sana, tapi bila lrt menghampiri stesen, kelihatan tiada orang di masjid. Ohh apa dah jadi?Kenapa ni? Gelabah gak takut tak dapat solat Jumaat. Rupanya masjid ditutup untuk pembaikan.
Oleh kerana hotel yang aku duduk di sebelah Masjid India, maka terpaksalah aku solat di situ dan dengar khutbah yang tidak kufaham kerana dibaca dalam bahasa Urdu. Yang paling tidak kusangka aku solat di tangga hotel jer. Macam di Mekah pulak. Semua jalan dah dipenuhi. Mujur ada sejadah hotel.
Lunch ari tu kami makan dekat Mydin. Ala kedai-kedai makcik yang peramah tu. makanan dan harganya best gak tapi kami makan sikit sahaja coz dah janji dengan adik aku nak dinner di Islamic Steak House di Setapak. Restoran western yang sangat islamik dan sangat best. Kali pertama try hatiku terus terpikat. Jadi aku syorkan sapa yang suka makan western bolehlah ke sana. Pekerjanya semua lelaki, ada surau di tingkat atas, menunya semua best. Aku order T-Bone grill steak, isteriku sizzling chicken chop manakala adikku share dengan isterinya ntah apa nama hidangan tapi yang campur macam-macam lauk tuh. untuk desert aku order panna cotta. Biasa tengok tapi tak pernah makan. lihat gambar di bawah ni.
Hari terakhir dihabiskan dengan ronda Jalan TAR, tempat wajib. Hingga tengahari kami meronda. Nasib baik teringat kena c'out sebelum pukul 1. Maka kami berkejar balik ke hotel takut kena tambah bayar. Eee tak naklah aku. Nak dijadikan cerita bila nak buka pintu bilik, kunci tiada. Di sinilah bermula saat-saat yang sangat mencemaskan. Semua poket ku cari tapi hampeh. Nak bagitahu kaunter takut kena denda. Akhirnya aku buat keputusan yang sangat eksklusif iaitu cari balik di semua tempat yang kami pergi. kutinggalkan isteri di lobi hotel dan cuba bayangkan aku berpusing ke sepanjang jalan TAR(termasuk SOGO) tapi hasilnya hampa. Tawakkal. Habis segala breakfast free yang aku makan tadi.
Mengadu di kaunter dengan niat kalu dia suruh bayar berapapun aku sanggup asalkan tak kena charge c'out lebih masa. Di sinilah letaknya timbangrasa receptionist tu. Dengan senyum pepsodentnya dia kata tidak mengapa, tiada denda dan tiada caj tambahan malahan diberi kunci baru. Bila kubuka pintu bilik, cuba teka apa yang mula-mula kulihat. Mesti korang dapat tekakan. Kunci bilik tersengih-sengih di atas meja. Ohhh ya Allah! Ampunkan dosaku!
Begitulah sedikit coretan cutiku di kay el.
Kali ni aku nak ceritakan sikit pengalamanku bercuti semester baru-baru ni. Cutiku cuma seminggu jer. Cukuplah untuk merehatkan badan.
Segalanya bermula hari Rabu 29/5/2013. Balik kerja jam 4.30 hari tu, aku erus ke stesen teksi untuk ke airport tp malangnya semua teksi dah tiada. Dahla hujan turun renyai-renyai. Begitu jugaklah hatiku. Renyai-renyai jadinya. Nasib baik ada satu pemandu yang sudi hantar dengan bayaran penuh untuk satu teksi. Alahai, kopak duit aku. Cuba bayangkan bayar rm120 sedangkan aku tetap duduk satu seat saja. Ye la takkan nak belunjur dalam teksi lak. hesy tak senonoh.
Flit aku jam 1015 jadi pemandu tu cadang bertolak jam 7 malam. Utk makluman jarak rumah ke apot, lbh krg 2jam. Aku ok je coz blh sembahyang dan tgk grey's anatomy dulu. Maka bermulalah perjalananku ke apot. Tempoh yang sepatutnya dua jam jadi 3 jam. Perjalanan yang cukup meresahkan. Mana taknya. Sangat-sangat perlahan dia bwk teksi. Aku rasa nak tekan-tekan je pedal minyaknya. Walaupun aku dah web check in tapi takkan pilot nak tgu aku. Oh abg drebar. Dia syok cerita pasal kolam, ayam, kambing, mertua dan macam-macam lg.
Nasib baik flit delay.Sempat lg solat isya'.Dengan keadaan cuaca hujan gerun gak nak naik flit. Tapi bila dah di awan, kejap je mata dah lelap. Hilang runsing. Sampai di LCCT tengahmalam. Apa nak buat lagi. Sambung membuta. Aku ke surau dengan doa ia tak kunci. Pehh dah ada orang lena di situ rupanya. Lagipun takdalah ramai sgt jd dptlah aku rebahkn diri dengan selesa.
Lama jugaklah aku d apot coz tunggu isteri dari kampung yang tiba kul 10 pagi. Memang kami dah rancang nak jumpa dan jalan-jalan di KL dulu. Kami check in Citin Hotel dekat Masjid India. Murah-murah jer coz sekadar tempat tidur je. Tapi siap ada breakfast free lagi. Layanan aku bagi 3 bintang coz receptionist dia sangat bertimbangrasa.
Petang tu kami ronda-ronda Bukit Bintang. Masuk shopping mall Farenheit. Fuhh rasa mewah kejap tapi window jer. Bukan tak mampu tapi tak payahla membazir.hehe. Lepas kami dinner di Johnny's. The best steamboat dan side dish bagi aku di KL. Hargapun ok.
Di Bukit Bintang |
Steambot |
Jemput makan |
Alhamdulillah |
Oleh kerana hotel yang aku duduk di sebelah Masjid India, maka terpaksalah aku solat di situ dan dengar khutbah yang tidak kufaham kerana dibaca dalam bahasa Urdu. Yang paling tidak kusangka aku solat di tangga hotel jer. Macam di Mekah pulak. Semua jalan dah dipenuhi. Mujur ada sejadah hotel.
Lunch ari tu kami makan dekat Mydin. Ala kedai-kedai makcik yang peramah tu. makanan dan harganya best gak tapi kami makan sikit sahaja coz dah janji dengan adik aku nak dinner di Islamic Steak House di Setapak. Restoran western yang sangat islamik dan sangat best. Kali pertama try hatiku terus terpikat. Jadi aku syorkan sapa yang suka makan western bolehlah ke sana. Pekerjanya semua lelaki, ada surau di tingkat atas, menunya semua best. Aku order T-Bone grill steak, isteriku sizzling chicken chop manakala adikku share dengan isterinya ntah apa nama hidangan tapi yang campur macam-macam lauk tuh. untuk desert aku order panna cotta. Biasa tengok tapi tak pernah makan. lihat gambar di bawah ni.
menanti hidangan |
panna cotta |
nilah order aku |
cuba teka nama minuman kami! |
chicken sizzling |
ni order adik aku. fajitas rasanya.hehe |
Hari terakhir dihabiskan dengan ronda Jalan TAR, tempat wajib. Hingga tengahari kami meronda. Nasib baik teringat kena c'out sebelum pukul 1. Maka kami berkejar balik ke hotel takut kena tambah bayar. Eee tak naklah aku. Nak dijadikan cerita bila nak buka pintu bilik, kunci tiada. Di sinilah bermula saat-saat yang sangat mencemaskan. Semua poket ku cari tapi hampeh. Nak bagitahu kaunter takut kena denda. Akhirnya aku buat keputusan yang sangat eksklusif iaitu cari balik di semua tempat yang kami pergi. kutinggalkan isteri di lobi hotel dan cuba bayangkan aku berpusing ke sepanjang jalan TAR(termasuk SOGO) tapi hasilnya hampa. Tawakkal. Habis segala breakfast free yang aku makan tadi.
Mengadu di kaunter dengan niat kalu dia suruh bayar berapapun aku sanggup asalkan tak kena charge c'out lebih masa. Di sinilah letaknya timbangrasa receptionist tu. Dengan senyum pepsodentnya dia kata tidak mengapa, tiada denda dan tiada caj tambahan malahan diberi kunci baru. Bila kubuka pintu bilik, cuba teka apa yang mula-mula kulihat. Mesti korang dapat tekakan. Kunci bilik tersengih-sengih di atas meja. Ohhh ya Allah! Ampunkan dosaku!
Begitulah sedikit coretan cutiku di kay el.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Senarai Blog Kesukaan Saya
-
My Traveloka Escapade8 tahun yang lalu
-
Sambutlah Rejab, Syaaban, dan Ramadhan.13 tahun yang lalu
-
QIYAS14 tahun yang lalu
-
ujian pertengahan semester14 tahun yang lalu
Bonda tercinta
About Me
- Unknown
Blog Archive
cadangan blog
Saya suka dengar pendapat anda. Emel kepada saya hilmim99@gmail.com. Dikuasakan oleh Blogger.
0 comments:
Catat Ulasan