Sabtu, 15 Jun 2013

PostHeaderIcon Kisah Hijrah Suhaib B. Sinan r.a

Diceritakan oleh Imam Baihaki, Suhaib r.a.menceitakan pada satu hari Rasulullah s.a.w bersabda, "Aku diperlihatkan tempat hijrah kamu iaitu satu Tanah masin yang jarang tumbuh pokok padanya. Ia samada Hajar atau Yathrib. Tidak lama selepas itu Rasulullah s.a.w keluar hijrah ke Madinah(Yathrib) bersama-sama Abu Bakar r.a.

Aku ingin turut sama hijrah bersama mereka tetapi telah dihalang beberapa orang pemuka Quraisy. Pada malam dalam tahanan aku berdiri terus menerus tanpa duduk langsung. Pemuka-pemuka Quraisy itu menyangkakan aku sakit perut lalu mereka tidur.

Aku mengambil kesempatan tersebut untuk melarikan diri tetapi di pertengahan jalan aku ditemui beberapa pemuka Quraisy yang lain dan mereka ingin mengembalikanku ke dalam tahanan.

Aku memberi tawaran kepada mereka dengan emas sebanyak 40 dirham. (Dalam riwayat lain beliau mengeluarkan panahnya dan mengancam akan membunuh pemuka Quraisy tersebut dan dia terkenal sebagai pemanah tepat). Mereka bersetuju dengan tawaran tersebut. Aku menyuruh mereka menggali di bawah pintu salah satu bangunan di Mekah. Kemudian aku menyuruh mereka mengambil dua helai bajuku daripada seorang wanita di Mekah..

Kemudian aku meneruskan perjalanan ke Madinah hingga aku sempat mengejar Rasulullah s.a.w yang masih berada di Quba'. Apabila melihat kedatanganku, Rasulullah s.a.w bersabda, Wahai Abu Yahya! Perniagaan yang menguntungkan.(maksudnya pemberian 40 dirham emas ditukarkan dengan pembebasan - penulis). Aku berkata, Wahai Rasulullah s.a.w tidak ada sesiapa yang mengetahui kisahku melainkan Jibril a.s telah menceritakan kepadamu.

Sebagai satu pujian kepada perbuatan Suhaib r.a ini, Allah SWT telah menurunkan ayat 207, surah al-Baqarah memuji perbuatannya. Maksud ayat "Di kalangan manusia ada yang menjual dirinya untuk mencari keredhaan Allah SWT..."


Dipetik dari Hayatus Sahabah, Maulana Yusuf Kandahlawi.(kuliah di Masjid Taqwa pada 14 Jun 2013)

0 comments:

Catat Ulasan

Bonda tercinta

Bonda tercinta

About Me

Saya suka dengar pendapat anda. Emel kepada saya hilmim99@gmail.com. Dikuasakan oleh Blogger.